Monday, September 16, 2019

Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Disediakan oleh: Angel Yii Sheau Ting

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Internet ialah rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna computer di seluruh dunia berhubung dengan satu sama lain dan mencapai maklumat pangkaian data dari seluruh dunia satu rangkaian yang besar terdiri daripada rangkaian yang kecil. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran mempunyai nilai yang tinggi. Sebagai contohnya, terdapat pensyarah berminat memberikan tugasan yang memerlukan pelajar meneroka dan menggunakan ICT dalam pelaksanaan tugasan tersebut.

Antara kelebihan Internet dalam media pengajaran dan pembelajaran ialah Internet ialah sebagai  sumber pembelajaran di peringkat pengajian tinggi yang membolehkan pelajar mengakses pembelajaran sendiri. Menurut Cobine pada tahun 1997, ‘Through independent study, stundents become doers, as well as thinkers.’ Melalui enjin pencarian, pelajar dapat mencari banyak maklumat pembelajaran. Antara contoh enjin pembelajaran yang boleh gunakan untuk mencari maklumat dari Internert ialah Google (http://www.google.com), Yahoo(http://www.yahoo.com) dan Cari(http://www.cari.com) Internet merupakan jaringan komputer antarabangsa yang terbesar. Oleh itu, kita sebagai pelajar juga dapat mengakses secara online dari pelbagai muzium, perpustakaan dan database. Hal ini telah membolehkan kita mencari bahan bacaan dan pembelajaran yang sesuai kerana pencarian data dan maklumat dalam skop yang besar di seluruh dunia.

            Bukan itu sahaja, pelajar boleh belajar secara kolaboratif antara satu sama lain. Sebagai contohnya, pelajar dapat mengirim surat melalui e-mail semasa ingin meminta bantuan daripada rakan atau membuat urusan dengan pensyarah. E-mail merupakan fasiliti yang sederhana dan paling mudah digunakan oleh para pelajar dalam pembelajaran. Hal ini kerana e-mail masih merupakan alat penghantar surat atau mesej yang paling cepat dan murah pada masa kini. Dengan itu, kita dapat menyelesaikan setiap masalah dalam pengajaran dan pembelajaran dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, para pensyarah juga dapat menghantar nota atau maklumat penting kepada para pelajar dengan menggunakan e-mail. Hal ini telah memudahkan pengajaran pensyarah kerana telah menjimatkan masa untuk menyalinkan malumat kepada pelajar dan memudahkan pelajar memuat turun nota secara online sahaja.

            Selain itu, penggunaan Internet boleh menampung pembelajaran dalam jarak jauh. Hal ini kerana Internet telah merevolusikan dunia maya hari ini dengan menggabungkan maklumat dalam bentuk video, teks, suara dan animasi. Pada masa kini, terdapat banyak universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana penggunaan internet amat diperlukan. Dengan itu, pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal dan mereka hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Di samping itu, keputusan peperiksaan pelajar juga boleh diperolehi secara online. Hal ini akan membantu pelajar sentiasa mengambil berat keputusan sendiri.

            Namun begitu, kita juga perlu mengetahui bahawa penggunaan sumber dan perkhidamatan Internet juga mempunyai kelemahannya. Antaranya ialah pelajar boleh bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana Internet telah dikatakan sebagai dunia tanpa sempadan. Oleh itu, pelajar akan terdedah dengan bahan–bahan porno. Bahan tersebut sangat diminati pelajar dalam usia remaja dan akhir remaja dan tambahan lagi leman web porno lebih senang diakses. Hal ini akan menimbulkan banyak masalah social dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja. Sebagai contohnya, perilaku seksual tidak bermoral telah menjadi kelaziman pelajar sekarang.

            Justeru, pembelajaran kendiri melalui Internet akan menyebabkan pelajar lebih individualistik. Hal ini kerana pelajar akan berasa mereka dapat mencari maklumat sendiri dan menyiapkan setiap kerja khusus tanpa mandapatkan bantuan daripada orang lain. Dari pendapatan mereka, belajar secara kumpulan dan berbincang dengan rakan akan membazirkan masa dan tenaga. Dengan itu, nilai bekerjasama dan berkongsi tidak dapat menyemaikan dalam kalangan pelajar.

            Kesimpulannya, penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Oleh itu, kita haruslah bijak menggunakan Internet supaya dapat membantu kita mendapatkan setiap maklumat yang diperlukan sepanjang proses pembelajaran berlangsung.

No comments:

Post a Comment

Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Disediakan oleh: Angel Yii Sheau Ting Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Inter...