PENGGUNAAN INTERNET DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Disediakan oleh: Angel Yii
Sheau Ting
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, Internet ialah rangkaian komputer antarabangsa yang
membolehkan pengguna computer di seluruh dunia berhubung dengan satu sama lain
dan mencapai maklumat pangkaian data dari seluruh dunia satu rangkaian yang
besar terdiri daripada rangkaian yang kecil. Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam pembelajaran mempunyai nilai yang tinggi. Sebagai
contohnya, terdapat pensyarah berminat memberikan tugasan yang memerlukan
pelajar meneroka dan menggunakan ICT dalam pelaksanaan tugasan tersebut.
Antara
kelebihan Internet dalam media pengajaran dan pembelajaran ialah Internet ialah
sebagai sumber pembelajaran di peringkat
pengajian tinggi yang membolehkan pelajar mengakses pembelajaran sendiri.
Menurut Cobine pada tahun 1997, ‘Through
independent study, stundents become doers, as well as thinkers.’ Melalui
enjin pencarian, pelajar dapat mencari banyak maklumat pembelajaran. Antara
contoh enjin pembelajaran yang boleh gunakan untuk mencari maklumat dari
Internert ialah Google (http://www.google.com), Yahoo(http://www.yahoo.com) dan Cari(http://www.cari.com) Internet merupakan jaringan
komputer antarabangsa yang terbesar. Oleh itu, kita sebagai pelajar juga dapat
mengakses secara online dari pelbagai muzium, perpustakaan dan database. Hal ini telah membolehkan kita
mencari bahan bacaan dan pembelajaran yang sesuai kerana pencarian data dan
maklumat dalam skop yang besar di seluruh dunia.
Bukan itu sahaja, pelajar boleh
belajar secara kolaboratif antara satu sama lain. Sebagai contohnya, pelajar
dapat mengirim surat melalui e-mail semasa ingin meminta bantuan daripada rakan
atau membuat urusan dengan pensyarah. E-mail merupakan fasiliti yang sederhana
dan paling mudah digunakan oleh para pelajar dalam pembelajaran. Hal ini kerana
e-mail masih merupakan alat penghantar surat atau mesej yang paling cepat dan
murah pada masa kini. Dengan itu, kita dapat menyelesaikan setiap masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, para
pensyarah juga dapat menghantar nota atau maklumat penting kepada para pelajar
dengan menggunakan e-mail. Hal ini telah memudahkan pengajaran pensyarah kerana
telah menjimatkan masa untuk menyalinkan malumat kepada pelajar dan memudahkan
pelajar memuat turun nota secara online sahaja.
Selain itu, penggunaan Internet
boleh menampung pembelajaran dalam jarak jauh. Hal ini kerana Internet telah
merevolusikan dunia maya hari ini dengan menggabungkan maklumat dalam bentuk
video, teks, suara dan animasi. Pada masa kini, terdapat banyak universiti yang
telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana penggunaan internet amat
diperlukan. Dengan itu, pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal
dan mereka hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Di
samping itu, keputusan peperiksaan pelajar juga boleh diperolehi secara online.
Hal ini akan membantu pelajar sentiasa mengambil berat keputusan sendiri.
Namun begitu, kita juga perlu
mengetahui bahawa penggunaan sumber dan perkhidamatan Internet juga mempunyai
kelemahannya. Antaranya ialah pelajar boleh bebas melayari laman web tanpa
kawalan kerana Internet telah dikatakan sebagai dunia tanpa sempadan. Oleh itu,
pelajar akan terdedah dengan bahan–bahan porno. Bahan tersebut sangat diminati
pelajar dalam usia remaja dan akhir remaja dan tambahan lagi leman web porno
lebih senang diakses. Hal ini akan menimbulkan banyak masalah social dalam
kalangan masyarakat terutamanya remaja. Sebagai contohnya, perilaku seksual
tidak bermoral telah menjadi kelaziman pelajar sekarang.
Justeru, pembelajaran kendiri
melalui Internet akan menyebabkan pelajar lebih individualistik. Hal ini kerana
pelajar akan berasa mereka dapat mencari maklumat sendiri dan menyiapkan setiap
kerja khusus tanpa mandapatkan bantuan daripada orang lain. Dari pendapatan
mereka, belajar secara kumpulan dan berbincang dengan rakan akan membazirkan
masa dan tenaga. Dengan itu, nilai bekerjasama dan berkongsi tidak dapat
menyemaikan dalam kalangan pelajar.
Kesimpulannya, penggunaan Internet
dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Oleh
itu, kita haruslah bijak menggunakan Internet supaya dapat membantu kita
mendapatkan setiap maklumat yang diperlukan sepanjang proses pembelajaran
berlangsung.